Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 · Updated to 31 Aug 2006 · Bahagian VII
42. Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah
Feedback & supportLembaga boleh membuat segala kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan
Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 36
Secara khusus, dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), kaedah itu boleh memperuntukkan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:
penyediaan, audit dan pengemukaan kepada Menteri, anggaran, belanjawan, pernyataan dan penyata;
fungsi dan kewajipan kakitangan;
penetapan prinsip-prinsip yang berkenaan dengan penganugerahan kelayakan akademik dan professional, pengiktirafan atau anugerah, diploma, sijil dan lain-lain kepujian akademik yang hendak dianugerahkan oleh
Akademi;
syarat-syarat kemasukan dan kebajikan pelajar;
tatatertib pelajar Akademi, termasuk menetapkan kesalahan tatatertib, hukuman tatatertib dan tatacara bagi prosiding tatatertib;
borang-borang yang diperlukan bagi maksud Akta ini;
apa-apa perkara dalam kuasa Akademi di bawah seksyen 5 atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.