Skip to content

Seksyen 46

Pemindahan hakmilik harta

of Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006

ActIn forceProvision 44 of 50
Seksyen 46

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini mana-mana tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dipegang milik atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan diduduki oleh Akademi

Seni Kebangsaan, hendaklah pada tarikh itu, menurut kuasa Akta ini berpindah kepada dan terletak hak pada Akademi tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik.

(2)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dan kepada apa-apa arahan Menteri, semua harta dan aset selain daripada tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak—

(a)

pada Kerajaan Malaysia bagi pihak Akademi Seni

Kebangsaan; atau

(b)

pada mana-mana orang bagi pihak atau berkenaan dengan

Akademi Seni Kebangsaan;

hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Akademi yang ditubuhkan oleh Akta ini.

(3)

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa mana-mana harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, digunakan bagi maksud yang selepas tarikh itu menjadi maksud Akademi yang ditubuhkan oleh Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Akademi.