Skip to content
In forceUpdated to 31 Aug 2006Read it in English

Bahagian VIII · Peralihan

50. Penerusan pegawai dan kakitangan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai atau kakitangan Akademi

Seni Kebangsaan hendaklah, pada tarikh itu, disifatkan telah diambil khidmat oleh Akademi yang ditubuhkan oleh Akta ini seolah-olah

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 39

Akademi tersebut telah wujud terdahulu daripada tarikh itu sepanjang perkhidmatan pegawai atau kakitangan tersebut di Akademi Seni

Kebangsaan.

(2)

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai atau kakitangan Akademi

Seni Kebangsaan hendaklah, pada tarikh itu, diambil khidmat sebagai pegawai atau kakitangan, mengikut mana-mana yang berkenaan,

Akademi yang ditubuhkan oleh Akta ini atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

Report