Skip to content
In forceUpdated to 31 Aug 2006Read it in English

Bahagian VIII · Peralihan

48. Penerusan prosiding sivil dan jenayah

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau apa-apa kausa tindakan yang belum selesai atau wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap—

(a)

Akademi Seni Kebangsaan;

(b)

Kerajaan Malaysia berkenaan dengan Akademi Seni

Kebangsaan; atau

(c)

mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Akademi

Seni Kebangsaan, boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Akademi sebagaimana yang ia mungkin telah diambil oleh atau terhadap masing-masing yang tersebut seolah-olah Akta ini tidak diluluskan.

(2)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding guaman sebelum tarikh itu yang kepadanya Akademi Seni Kebangsaan,

Kerajaan Malaysia berkenaan dengan Akademi Seni Kebangsaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Akademi Seni

Kebangsaan bolehlah dibawa oleh atau terhadap Akademi yang ditubuhkan oleh Akta ini.

Report