Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2018Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Agensi dan Pelantikan

5B. Anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang boleh memohon untuk menjadi anggota

Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia jika—

(a)

dia berumur lapan belas tahun atau lebih;

(b)

dia seorang warganegara Malaysia;

(c)

dia mempunyai kelayakan yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah; dan

(d)

dia memenuhi kehendak lain yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Suatu permohonan untuk menjadi anggota

Pasukan

Sukarelawan Maritim Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh meluluskan atau menolak mana-mana orang menjadi anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.

(4)

Ketua Pengarah boleh memanggil mana-mana anggota Pasukan

Sukarelawan Maritim Malaysia untuk melaksanakan secara sukarela apa-apa tugas yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia adalah tertakluk kepada arahan, perintah dan kawalan

Ketua Pengarah semasa melaksanakan apa-apa tugas di bawah subseksyen (4).

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

11

(6)

Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia—

(a)

boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan; dan

(b)

tidak berhak kepada apa-apa saraan.

(7)

Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia semasa melaksanakan apa-apa tugas di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Agensi

Bahagian IV