Act of Parliament · Updated to 1 Apr 2018 · 4 parts
Akta Agency Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004
Feedback & supportA body to enforce safety and security in Malaysia's maritime zoneBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia 2004.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini dalam bahagian yang berlainan di Malaysia.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Agensi” ertinya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“agensi yang berkaitan” ertinya badan atau agensi yang pada masa ini bertanggungjawab di Malaysia bagi penguatkuasaan mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di Zon Maritim Malaysia;
“kesalahan” ertinya mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di Zon Maritim Malaysia;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim
Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu)
Darurat, 1969 [P.U. (A) 307A/1969];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penguatkuasaan maritim Malaysia;
“pegawai agensi” termasuklah Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(1);
“pelantar benua” ertinya pelantar benua Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966
[Akta 83];
“perairan pedalaman” ertinya mana-mana kawasan laut yang terletak di sebelah bahagian darat garis dasar yang darinya lebar laut wilayah Malaysia diukur;
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
7
“perairan perikanan Malaysia” ertinya perairan perikanan Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Perikanan 1985 [Akta 317];
“zon ekonomi eksklusif” ertinya zon ekonomi eksklusif Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311];
“Zon Maritim Malaysia” ertinya perairan pedalaman, laut wilayah, pelantar benua, zon ekonomi eksklusif dan perairan perikanan
Malaysia dan termasuk ruang udara di atas Zon itu.
Bahagian II
Penubuhan Agensi dan Pelantikan
Bahagian III