Akta Agency Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 · Updated to 1 Apr 2018 · Bahagian II · Penubuhan Agensi dan Pelantikan
5D. Pendaftaran ke dalam Pasukan Kadet Maritim Malaysia
Feedback & supportMana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet Maritim Malaysia jika—
tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], dia seorang murid yang menjalani pelajaran sepenuh masa di mana-mana sekolah menengah yang ditentukan oleh
Menteri setelah berunding dengan
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelajaran;
atau
dia seorang pelajar—
yang berdaftar dan mengikuti bidang pengajian atau latihan sama ada sepenuh masa atau separuh masa di mana-mana institusi pengajian atau latihan yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi institusi pengajian atau latihan itu;
yang merupakan warganegara Malaysia; dan
yang berumur di bawah tiga puluh tahun.
Suatu permohonan untuk didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet
Maritim Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh mendaftarkan atau enggan untuk mendaftarkan mana-mana orang ke dalam Pasukan Kadet Maritim
Malaysia.
Mana-mana orang yang telah didaftarkan ke dalam Pasukan
Kadet Maritim Malaysia tidak berhak kepada apa-apa elaun atau saraan.