Akta Agency Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 · Updated to 1 Apr 2018 · Bahagian II · Penubuhan Agensi dan Pelantikan
3. Penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Feedback & support(1)
Bagi maksud Akta ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia ditubuhkan.
(2)
Agensi hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, digunakan khidmatnya di dalam Zon Maritim Malaysia bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.