Skip to content

Seksyen 20

Pengambilan khidmat pegawai dan pekerja

of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010

ActIn forceProvision 20 of 46
Seksyen 20
(1)

Agensi boleh mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekerja sebagaimana yang difikirkan wajar dan perlu oleh Agensi atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh

Agensi bagi menjalankan maksud Akta ini.

(2)

Pegawai dan pekerja Agensi hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan suci hati dan mematuhi apa-apa kehendak, standard, kewajipan dan tatalaku yang ditentukan oleh Agensi.

(3)

Tiada seorang pun layak untuk diambil berkhidmat sebagai pegawai atau pekerja Agensi jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Agensi.

(4)

Agensi boleh menerima pakai apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan

Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut.