Skip to content

Seksyen 4

of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010

ActIn forceProvision 4 of 46

Seksyen 4

(1)

Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Agensi Inovasi

Malaysia” ditubuhkan.

(2)

Agensi adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(3)

Agensi boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Agensi boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Agensi.