Skip to content

Seksyen 31

of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010

ActIn forceProvision 31 of 46

Seksyen 31

(1)

Agensi boleh, dengan merundingi mana-mana Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan

Agensi Inovasi Malaysia 27

Persekutuan, melantik apa-apa bilangan Duta Inovasi untuk menasihati Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan itu mengenai perkara yang berhubungan dengan inovasi yang difikirkan perlu oleh Agensi.

(2)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) sebagai Duta

Inovasi hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun oleh Agensi sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.

(3)

Duta Inovasi hendaklah berada di bawah kawalan am, dan hendaklah membuat laporan kepada, Agensi.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), Duta Inovasi hendaklah ditempatkan di Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan itu.

(5)

Terma dan syarat penempatan dan perkara yang hendak dinasihati oleh Duta Inovasi hendaklah dipersetujui oleh Agensi dan

Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan

Kerajaan Persekutuan yang berkenaan.

(6)

Duta Inovasi hendaklah membentangkan suatu laporan kepada

Majlis berkenaan dengan penempatannya di Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan.

(7)

Jika seseorang Duta Inovasi dilantik di bawah subseksyen (1),

Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan

Kerajaan Persekutuan hendaklah bekerjasama dengan Duta Inovasi itu.

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb.