Seksyen 38
of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010
Seksyen 38
Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota Majlis atau jawatankuasa, pegawai atau pekerja Agensi, atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis atau jawatankuasa boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah didapatinya semasa melaksanakan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948