Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian VII · Pelbagai
43. Kesalahan bagi pengubahsuaian maklumat atau dokumen tanpa kebenaran
Feedback & supportSeseorang melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan, atau menyebabkan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan, yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kebenaran apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milik, jagaan atau kawalan Agensi.
Bagi maksud seksyen ini—
adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan tidak ditujukan kepada—
apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;
apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau
apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu;
Agensi Inovasi Malaysia 33
adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kebenaran menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara;
sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika—
maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;
apa-apa maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau
apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Agensi untuk mendapatkan akses kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuk apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.