Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian III · Keanggotaan Akademi

10. Fellow dan Fellow kehormat

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen 9(5) dan subseksyen (3), Fellow

Akademi hendaklah dipilih daripada kalangan warganegara Malaysia yang unggul yang oleh sebab pencapaian mereka masing-masing dalam bidang sains, kejuruteraan atau teknologi dianggap cemerlang dan unggul luar biasa.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Fellow kehormat Akademi hendaklah dipilih daripada orang, yang bukan Fellow, yang telah memberikan atau sedang memberikan sumbangan yang cemerlang kepada amalan sains, kejuruteraan atau teknologi yang akan memberikan manfaat, atau yang boleh menyumbang kepada kerja,

Akademi.

(3)

Tiada seorang pun boleh menjadi Fellow atau Fellow kehormat melainkan jika dia telah dipilih sedemikian oleh Akademi dalam mesyuarat agung tahunan dan tiada seorang pun calon boleh dikemukakan untuk pemilihan melainkan jika namanya telah dikemukakan kepada Majlis mengikut cara yang diputuskan oleh

Majlis.

(4)

Daripada kalangan Fellow, hendaklah dilantik, oleh Majlis,

Fellow Kanan yang telah memberikan sumbangan kepada negara dan pelantikan mereka hendaklah berdasarkan kepada syor suatu panel khas yang terdiri daripada anggota dan bukan anggota Akademi yang dilantik oleh Menteri.

(5)

Seseorang Fellow Kanan yang dilantik di bawah subseksyen (4)

adalah berhak dipanggil sebagai Ahli Akademi dan dibayar elaun khas seumur hidup oleh Kerajaan.

Report