Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Keanggotaan Akademi
Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Keanggotaan Akademi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Majlis boleh melalui resolusi membuat syor kepada Akademi untuk menamatkan keanggotaan seseorang Fellow jika dia didapati bersalah atas kelakuan yang, pada pendapat Majlis, menyebabkan dia tidak layak untuk menjadi anggota Akademi atau yang akan menyebabkan Akademi mendapat nama buruk.
Sebelum syor di bawah subseksyen (1) dibawa kepada
Akademi untuk mendapat keputusan, Fellow berkenaan hendaklah diberi peluang untuk memberikan penjelasan secara bertulis kepada
Majlis dengan menyatakan alasan tentang mengapa keanggotaannya tidak boleh ditamatkan.
Setelah mempertimbangkan penjelasan bertulis Fellow di bawah subseksyen (2), Majlis hendaklah mengemukakan dapatannya dan syornya kepada Akademi yang keputusannya mengenai perkara ini, yang dibuat melalui mesyuarat agung tahunannya atau mesyuarat agung luar biasa, adalah muktamad.