Skip to content

Seksyen 12

Persidangan Tribunal

of Akta Antigangguan Seksual 2022

ActIn forceProvision 12 of 27
Seksyen 12
(1)

Setiap persidangan Tribunal hendaklah ditentukan oleh

Presiden dan hendaklah terdiri daripada suatu panel yang mempunyai tiga orang anggota Tribunal seperti yang berikut:

(a)

Presiden atau Timbalan Presiden yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(a), atau mana-mana anggota Tribunal lain yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b), sebagai seorang Pengerusi; dan

(b)

mana-mana dua orang anggota Tribunal lain yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(c).

(2)

Panel bagi setiap persidangan Tribunal dalam subseksyen (1)

hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wanita.

(3)

Tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden.

(4)

Jika Pengerusi yang disebut dalam perenggan (1)(a) yang mempengerusikan mana-mana prosiding berkenaan dengan suatu aduan gangguan seksual meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak boleh menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, aduan gangguan seksual itu hendaklah didengar dan diteruskan dan dipengerusikan oleh mana-mana Pengerusi lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Presiden.

(5)

Jika mana-mana anggota Tribunal yang disebut dalam perenggan (1)(b) berkenaan dengan suatu aduan gangguan seksual meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak boleh menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu,

Presiden hendaklah melantik mana-mana anggota Tribunal lain kepada panel itu untuk meneruskan prosiding itu.

Antigangguan Seksual 13

(6)

Jika tempoh pelantikan mana-mana Pengerusi atau anggota

Tribunal yang disebut dalam perenggan (1)(b) habis semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan suatu aduan gangguan seksual, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga pelupusan muktamad aduan gangguan seksual itu.