Skip to content

Seksyen 16

Rundingan penyelesaian

of Akta Antigangguan Seksual 2022

ActIn forceProvision 16 of 27
Seksyen 16
(1)

Tribunal boleh, berkenaan dengan tiap-tiap aduan gangguan seksual dalam bidang kuasanya dan dengan persetujuan pihak-pihak, menilai sama ada, dalam semua hal keadaan, sesuai bagi Tribunal untuk membantu pihak-pihak itu untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan aduan gangguan seksual itu.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat sesuatu penilaian Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang, pada pendapat Tribunal, berkemungkinan akan menjejaskan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui.

(3)

Jika pihak-pihak itu mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui, Tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian yang dipersetujui itu dan penyelesaian yang dipersetujui itu hendaklah kemudiannya berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian yang dipersetujui itu ialah suatu award Tribunal.

(4)

Tribunal hendaklah meneruskan untuk menentukan aduan gangguan seksual itu jika—

(a)

ternyata kepada Tribunal bahawa adalah tidak sesuai untuknya membantu pihak-pihak untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan aduan gangguan seksual itu; atau

(b)

pihak-pihak itu tidak dapat mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan aduan gangguan seksual itu.

Antigangguan Seksual 15