Akta Antigangguan Seksual 2022 · Updated to 18 Oct 2022 · Bab 3
17. Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi mengenai persoalan undang-undang
Feedback & supportSebelum Tribunal membuat sesuatu award di bawah seksyen 19, Tribunal boleh, mengikut budi bicaranya, merujuk kepada
Hakim Mahkamah Tinggi sesuatu persoalan undang-undang—
yang timbul dalam penjalanan prosiding;
yang, pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu; dan
yang penentuannya oleh Tribunal menimbulkan, pada pendapat
Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu.
Jika Tribunal merujuk apa-apa persoalan undang-undang di bawah subseksyen (1) bagi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi,
Tribunal hendaklah membuat awardnya bertepatan dengan keputusan itu.
Bagi maksud rujukan kepada Mahkamah Tinggi mengenai apa-apa persoalan undang-undang, seorang Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara boleh hadir bagi pihak Tribunal dalam apa-apa prosiding di hadapan Hakim
Mahkamah Tinggi.