Skip to content

Seksyen 23

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 23 of 57

Seksyen 23

(1)

Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain yang dipunyai atau diuruskan oleh pihak berkuasa bekalan boleh dikerjakan atau dikendalikan kecuali oleh atau di bawah kawalan orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan sebagaimana yang ditetapkan, dan tiada seorang pun yang tidak memiliki kelayakan atau memegang perakuan seperti yang disebut terdahulu boleh menjaga apa-apa pepasangan atau boleh mengawal pengendalian apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 447

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, jika pelanggaran itu diteruskan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.

Bahagian Va

PENGGUNAAN ELEKTRIK DENGAN CEKAP

Menteri hendaklah menentukan standard, dsb.