Skip to content

Seksyen 45

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 46 of 57

Seksyen 45

(1)

Pelaksanaan semua kerja berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan elektrik yang boleh menyentuh apa-apa lebuh, rel keretapi, landasan trem, sungai, terusan atau laluan air lain atau apa-apa sistem pengairan, penyaliran atau bekalan air atau apa-apa kerja komunikasi, pelabuhan atau kerja awam atau persendirian lain, dan pendirian apa-apa lintasan talian bekalan, sama ada di atas atau bawah tanah, hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan dan tanpa menjejaskan keselamatan awam atau persendirian.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta.

Undang-Undang Malaysia 78

Akta 447

Pengauditan pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik 45a.  (1)  Suruhanjaya boleh menjalankan audit pada bila-bila masa atau pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya menghendaki seseorang pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik untuk melantik dengan kos ditanggung sendiri seorang pakar bebas untuk mengaudit apa-apa perkara di bawah Bahagian IV dan keselamatan pepasangan dan kelengkapan di bawah Bahagian VIIa

Akta ini atau apa-apa maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik kepada Suruhanjaya.

(2)

Audit hendaklah dijalankan dengan mengikut mana-mana kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini.

(3)

Suruhanjaya boleh menentukan kelas atau kategori pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang tertakluk pada audit.

(4)

Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik hendaklah membuktikan sehingga memuaskan hati Suruhanjaya bahawa pakar bebas yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kelayakan dan kekompetenan yang perlu.

(5)

Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik itu hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit itu kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(6)

Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang—

(a)

gagal memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 52b;

(b)

dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang dia dikehendaki untuk mengemukakan melalui notis bertulis; atau

Bekalan Elektrik 79

(c)

enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang

Suruhanjaya, pegawai diberi kuasanya atau perunding yang dilantik dalam menjalankan sesuatu pengauditan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan.

Penentuan standard pepasangan atau kelengkapan 45b.  Suruhanjaya boleh menentukan standard yang boleh dipakai bagi apa-apa pepasangan atau kelengkapan dan standard itu sebagaimana yang ditetapkan dalam apa-apa peraturan, kod atau garis panduan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini.

Penyimpanan rekod dan dokumen 45c.

Seseorang pemegang lesen, pemunya dan pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang atau pengimport berdaftar, unit pendawaian persendirian berdaftar, kontraktor perkhidmatan elektrik berdaftar, kontraktor tanda elektrik berdaftar, pengilang papan suis berdaftar, kontraktor elektrik berdaftar, pusat latihan dan pemeriksaan berdaftar atau institusi dan badan penilaian pematuhan berdaftar hendaklah menyimpan rekod dan dokumen berkenaan dengan perkara dan bagi tempoh masa yang ditetapkan.