Seksyen 54
Seksyen 54
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui pemberitahuan dalam Warta mengecualikan daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan atau kod yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan—
(a)
apa-apa pepasangan, atau bahagiannya, yang dipunyai oleh atau dikerjakan oleh atau bagi pihak mana-mana pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen;
(b)
apa-apa kelas pepasangan, loji atau kelengkapan tertentu lain, dan boleh, melalui pemberitahuan yang seumpamanya, mengkenselkan apa-apa pengecualian yang diberitahu sedemikian.
(2)
Suruhanjaya boleh mengesyorkan kepada Menteri syarat yang boleh terpakai bagi suatu pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(3)
Kecuali diperuntukkan selainnya dalam pengecualian itu, suatu pengecualian di bawah subseksyen (1) boleh diubah atau dibatalkan.
Peruntukan peralihan dan sekatan yang dikenakan pada lesen yang dikeluarkan sebelum Akta ini