Skip to content

Seksyen 41

Pampasan kerana kerosakan

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 42 of 57
Seksyen 41
(1)

Mana-mana orang yang mengalihkan, memusnahkan atau merosakkan sama ada dengan sengaja atau selainnya, apa-apa pepasangan atau mana-mana bahagiannya, atau mana-mana lampu awam atau mana-mana tiang, pendakap atau kaedah lain bagi menopangkan lampu awam, atau mana-mana alat yang digunakan berkaitan dengan mana-mana pepasangan untuk merekodkan keluaran atau penggunahabisan elektrik, boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang boleh dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini, ditanggungkan dengan pembayaran pampasan penuh bagi kerosakan yang telah dilakukannya dan pampasan boleh didapatkan kembali melalui tindakan atau guaman sivil di hadapan mana-mana mahkamah.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), mana-mana mahkamah yang di hadapannya seseorang dipertuduh atas kesalahan di bawah Akta ini boleh menaksirkan pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini dan boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran pampasan itu. Mana-mana perintah sedemikian boleh dikuatkuasakan seolah-olah ia adalah suatu penghakiman di dalam tindakan atau guaman sivil.