Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2024Read it in English

Bahagian IV · Bahagian IV Daftar.

13D. Penyerahan balik perakuan, perakuan amalan tahunan dan lencana

Feedback & support

Mana-mana orang yang namanya telah dikeluarkan atau digantung daripada Daftar di bawah seksyen 13B hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas pemberitahuan kepada orang itu melalui pos berdaftar mengenai pengeluaran atau penggantungan itu, menyerahkan balik kepada Lembaga perakuan pendaftaran, perakuan amalan tahunan dan lencana yang dikeluarkan kepada orang itu di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Report