Skip to content

Seksyen 13A

Bidang kuasa tatatertib Lembaga

of Akta Bidan 1966

ActIn forceProvision 14 of 29
Seksyen 13A
(1)

Lembaga hendaklah mempunyai bidang kuasa tatatertib ke atas semua orang yang didaftarkan di bawah Akta ini.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 436

(2)

Lembaga boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas mana-mana orang berdaftar yang—

(a)

telah disabitkan atas suatu kesalahan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain;

(b)

adalah, pada pendapat Lembaga, bersalah bagi kelakuan tidak wajar atau kecuaian melampau;

(c)

telah mendapatkan pendaftaran secara fraud atau salah nyataan;

(d)

tidak berhak untuk didaftarkan pada masa dia didaftarkan;

atau

(e)

ialah atau telah diperakui sebagai seorang penagih dadah oleh seorang pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah Akta Penagih Dadah

(Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].