Skip to content

Seksyen 13E

Pemasukan semula nama dalam Daftar

of Akta Bidan 1966

ActIn forceProvision 18 of 29
Seksyen 13E

(1)

Tiada seorang pun yang namanya telah dikeluarkan daripada Daftar di bawah perenggan 13B(a) adalah selepas itu berhak untuk didaftarkan sebagai seorang bidan di bawah Akta ini, tetapi

Lembaga boleh, jika difikirkannya patut dalam mana-mana hal untuk berbuat demikian, atas permohonan orang yang berkenaan itu, memerintahkan supaya nama orang itu dimasukkan semula dalam

Daftar; dan jika nama seseorang telah digantung daripada Daftar

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 436

di bawah perenggan (b) seksyen itu orang itu berhak selepas tamat tempoh itu, tetapi tidak lebih awal, untuk memohon supaya perakuan pendaftaran dan perakuan amalan tahunan (jika tempoh yang baginya perakuan itu dikeluarkan masih belum tamat tempoh) dikembalikan kepadanya.

(2)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara atau bentuk dan disertai dengan apa-apa dokumen, fotograf, butir-butir dan fi yang ditetapkan.