Skip to content

Seksyen 13C

Rayuan terhadap perintah Lembaga

of Akta Bidan 1966

ActIn forceProvision 16 of 29
Seksyen 13C
(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa perintah yang dibuat terhadapnya oleh Lembaga dalam penjalanan bidang kuasa tatatertibnya boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu dibuat, merayu secara bertulis kepada Menteri.

(2)

Menteri boleh, dalam menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (1), mengesahkan, mengakaskan atau mengubah perintah yang dirayukan itu.

(3)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.