Skip to content

Seksyen 10

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 10 of 83

Seksyen 10

(1)

Untuk membolehkan sesuatu cap dagangan (lain daripada cap dagangan perakuan) didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar, cap dagangan itu hendaklah mengandungi atau mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada butir-butir yang berikut:

(a)

nama seorang perseorangan, nama syarikat atau firma yang dinyatakan dengan suatu cara khas atau tertentu;

(b)

tandatangan pemohon pendaftaran atau tandatangan seseorang peniaga sebelumnya dalam perniagaannya;

(c)

suatu atau beberapa perkataan yang dicipta;

(d)

suatu perkataan yang tiada mempunyai apa-apa hubungan yang langsung dengan sifat atau kualiti barang-barang/itu, iaitu perkataan yang mengikut ertinya yang biasa bukan suatu nama berasalkan tempat atau suatu namakeluarga;

(e)

apa-apa tanda yang distinktif.

(2)

Sesuatu nama, tandatangan atau perkataan yang tidak diperihalkan dalam perenggan-perenggan (a), (b), (c), atau (d) seksyen-kecil (1) tidak boleh didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar melainkan jika ia dibuktikan dengan keterangan sebagai distinktif. (2A, 2B)...

< 44 981