Seksyen 11
Seksyen 11
Untuk membolehkan sesuatu cap dagangan didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar, cap dagangan itu mistilah distinktif atau boleh menjadi distinktif akan barang-barang yang mengenainya ia didaftarkan dan yang dengannya tuanpunya cap dagangan itu ada atau mungkin ada hubungan dalam perjalanan perdagangan daripada barang-barang yang dengannya tidak ada apa-apa hubungan, samada pada amnya atau, jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang untuk didaftarkan dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian, atau batasan-batasan, cap dagangan itu mistilah distinktif atau boleh menjadi distinktif akan barang-barang berhubung dengan penggunaan dalam takat pendaftarannya.
(3)
Sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar mengenai apa-apa barang walaupun cap dagangan itu atau suatu atau beberapa bahagian daripadanya didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar atas nama orang yang sama mengenai barang-barang yang sama atau yang berlainan.
(2)
Sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar mengenai apa-apa barang/walaupun cap dagangan itu atau suatu atau beberapa bahagian daripadanya didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar atas nama orang yang sama mengenai/barang-barang-yang sama atau-barang-barang-yang-berlainan.