Seksyen 12
Seksyen 12
Bagi maksud-maksud Akta ini, sesuatu cap dagangan adalah tidak distinktif akan barang-barang melainkan jika cap dagangan itu disesuaikan untuk membezakan antara barang-barang yang dengannya tuanpunya cap dagangan itu ada atau mungkin ada hubungan dalam perjalanan perdagangan dengan barang-barang yang tidak ada apa-apa hubungan dengannya samada pada amnya atau, jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang untuk didaftarkan dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian, atau batasan-batasan, sesuatu cap dagangan adalah tidak distinktif akan barang-barang melainkan jika cap dagangan itu disesuaikan untuk membezakan barang-barang berhubung dengan penggunaan dalam takat pendaftarannya.
(2)
Pada menentuk
(2)
Pada menentukan samada sesuatu cap dagangan adalah distinktif perhatian hendaklah diberi setakat mana—
(a)
cap dagangan itu disesuaikan pada asasnya untuk berbeza; dan
(b)
oleh sebab penggunaan cap dagangan itu atau oleh sebab apa-apa hal keadaan lain, cap dagangan itu benar-benar disesuaikan untuk berbeza.
(3)
Jika suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan telah dibuat oleh seseorang dan sebelum tarikh permohonan itu cap dagangan itu telahpun digunakan oleh seseorang yang lain dari pemohon itu di bawah kawalan dan dengan persetujuan dan kuasa pemohon itu, dan jika suatu permohonan dibuat oleh pemohon itu dan oleh orang yang lain itu untuk mendaftarkan orang yang lain itu sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu selepas sahaja cap dagangan itu didaftarkan dan Pendaftar berpuashati bahawa orang yang lain itu adalah berhak didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu, maka Pendaftar boleh, bagi maksud menentukan samada cap dagangan itu adalah distinktif akan barang-barang pemohon itu, mensifatkan penggunaan cap dagangan itu oleh orang yang lain itu sebagai setara dengan penggunaan cap dagangan itu oleh pemohon itu dan boleh membuat suatu perintah bahawa cap dagangan itu adalah distinktif sedemikian.
(4)
Sesuatu perintah yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen-kecil (3) adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
(5)
Jika sesuatu perintah dibuat di bawah seksyen-kecil (3), pendaftaran cap dagangan itu hendaklah berhenti mempunyai kuatkuasa jika pada masa tamatnya tempoh yang ditetapkan itu atau suatu tempoh lanjut yang tidak lebih daripada enam bulan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar, orang yang lain itu tidak didaftarkan sebagai pengguna berdaftar cap dagangan itu.