Skip to content

Seksyen 13

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 13 of 83

Seksyen 13

(1)

Sesuatu cap dagangan boleh dihadkan pada kesemuanya atau pada sebahagiannya kepada satu atau lebih warna-warna yang ditentukan dan, dalam sesuatu hal yang demikian, fakta bahawa cap dagangan itu adalah dihadkan sedemikian hendaklah diambilkira bagi maksud menentukan samada cap dagangan itu adalah distinktif atau tidak.

(2)

Jika sesuatu cap dagangan didaftarkan tanoa had tentang warna, cap dagangan itu hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan bagi segala warna.