Skip to content

Seksyen 19

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 19 of 83

Seksyen 19

(1)

Tiada sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan mengenai apa-apa barang atau mengenai barang-barang dari apa-apa perihal yang serupa dengan suatu cap dagangan yang dipunyai oleh seorang tuanpunya yang berlainan dan yang dicatitkan dalam Daftar mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama atau yang hampir-hampir menye-rupai cap dagangan itu hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan.

(2)

Jika permohonan-permohonan yang berasingan dibuat oleh orang-orang yang berlainan untuk didaftarkan masing-masing sebagai tuanpunya-tuanpunya cap-cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai satu sama lain mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama, Pendaftar boleh enggan mendaftarkan mana-mana daripada mereka sehingga hak-hak mereka telah ditentukan oleh Mahkamah atau telah diselesaikan dengan persetujuan mengikut cara yang diluluskan oleh Pendaftar atau oleh Mahkamah.