Skip to content

Seksyen 20

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 20 of 83

Seksyen 20

(1)

Mengenai penggunaan serentak yang jujur atau mengenai hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan (c) seksyen-kecil (4) seksyen 6 atau mengenai hal keadaan khas yang lain yang, pada pendapat Mahkamah atau Pendaftar, adalah wajar bagi Mahkamah atau Pendaftar membenarkan pendaftaran cap-cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai satu sama lain mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama oleh lebih daripada satu tuanpunya, Mahkamah atau Pendaftar boleh berbuat demikian tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah-suaian atau batasan, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, dikenakan.

(1A)

---

(2)

Pendaftar tidak boleh enggan mendaftarkan sesuatu cap dagangan yang serupa dengan atau yang hampir-hampir menyerupai suatu cap dagangan yang lain dalam Daftar jika pemohon cap dagangan yang pertama tersebut itu atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya telah menggunakan cap dagangan itu terus-menerus dari suatu tarikh sebelum—

(a)

cap dagangan yang lain itu digunakan oleh tuanpunya berdaftarnya atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya atau oleh seorang pengguna berdaftar; atau

(b)

cap dagangan yang lain itu didaftarkan oleh tuanpunya berdaftarnya atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya, mengikut mana yang lebih awal.