Skip to content

Seksyen 22

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 22 of 83

Seksyen 22

(1)

Jika suatu cap dagangan yang didaftarkan atau yang dipohon untuk didaftarkan mengenai apa-apa barang adalah serupa dengan suatu cap dagangan lain yang didaftarkan atau yang dipohon untuk didaftarkan atas nama tuanpunya yang sama mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang lain itu hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan jika digunakan oleh seorang yang lain daripada tuanpunyanya, Pendaftar boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya cap-cap dagangan itu dicatitkan dalam daftar sebagai cap-cap dagangan berkaitan.

(1.4) ...

(2)

Atas permohonan mengikut cara yang ditetapkan yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar dua atau lebih cap-cap dagangan berkaitan, Pendaftar boleh membubarkan perkaitan itu mengenai mana-mana daripada cap-cap dagangan itu jika ia berpuashati bahawa tiada apa-apa perdayaan atau kekeliruan mungkin berlaku jika cap dagangan itu digunakan oleh seorang lain berhubung dengan mana-mana daripada barang-barang/yang mengenainya ia didaftarkan itu dan boleh meminda Daftar dengan sewajarnya.

(3)

Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen-kecil

(2)

adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.