Skip to content

Seksyen 21

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 21 of 83

Seksyen 21

(1)

Jika dua orang atau lebih mempunyai kepentingan dalam suatu cap dagangan dan tiada seorang pun daripada mereka berhak dengan sendirinya menggunakan cap dagangan itu kecuali—

(a)

bagi pihak kedua-dua atau semua daripada mereka; atau

(b)

berhubung dengan barang-barang/ dengan mana kedua-dua atau semua daripada mereka ada hubungan dalam perjalanan perdagangan;

maka kedua-dua atau semua daripada mereka boleh didaftarkan sebagai tuanpunya-tuanpunya bersama bagi cap dagangan itu dan Akta ini adalah berkuatkuasa berhubung dengan apa-apa hak orang-orang itu ke atas penggunaan cap dagangan itu seolah-olah hak-hak itu adalah hak-hak bagi seorang sahaja.

(2)

Tertakluk kepada seksyen-kecil (1), tiada apa-apa jua dalam Akta ini membenar dua orang atau lebih yang menggunakan suatu cap dagangan secara bebas, atau yang bercadang hendak menggunakannya didaftarkan sebagai tuanpunya-tuanpunya bersama cap dagangan itu.