Seksyen 23
Seksyen 23
Cap-cap dagangan berkaitan boleh diserahakkan atau berpindah hanya secara semua sekali dan bukan secara berasingan tetapi bagi segala maksud yang lain cap-cap dagangan berkaitan hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan sebagai cap-cap dagangan yang berasingan.
(2)
Jika penggunaan sesuatu cap dagangan berdaftar dikehendaki dibuktikan bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini, Mahkamah atau Pendaftar boleh, jika dan setakat mana difikirkan patut olehnya, menyetujuterima penggunaan sesuatu cap dagangan berkaitan atau penggunaan cap dagangan itu dengan tambahan-tambahan dan perubahan-perubahan yang tidak pada matannya menyentuh identitinya sebagai setara dengan penggunaan itu.
(3)
Peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas adalah dipakai berhubung dengan membuktikan penggunaan sesuatu cap dagangan berdaftar dan bukan berhubung hanya dengan membuktikan penggunaan sesuatu cap dagangan yang mana adalah satu daripada dua atau lebih cap dagangan berkaitan.