Skip to content

Seksyen 5

Pemfailan penyata keuntungan entiti Labuan yang dikenakan cukai

of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

ActIn forceProvision 9 of 63
Seksyen 5
(1)

Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang subseksyen 2B(1A) atau seksyen 4 terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua

Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Borang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 21C.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran hendaklah—

(a)

menyatakan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.