Skip to content

Seksyen 6D

Hak untuk merayu

of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

ActIn forceProvision 14 of 63
Seksyen 6D
(1)

Seseorang yang terkilan dengan suatu taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat ke atasnya boleh merayu kepada

Pesuruhjaya Khas terhadap taksiran atau taksiran tambahan itu mengikut cara yang sama sebagaimana suatu rayuan terhadap suatu taksiran cukai pendapatan dibuat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, dan seksyen 99, 100, 101 dan 102 Akta Cukai Pendapatan 1967, setakat yang ia terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu, hendaklah terpakai bagi suatu rayuan terhadap suatu taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini seolah-olah—

(a)

tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai cukai pendapatan atau mengenai cukai ialah sebutan mengenai cukai aktiviti perniagaan Labuan; dan

(b)

tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai pendapatan ialah sebutan mengenai keuntungan yang boleh dikenakan cukai.

(2)

Jadual 5 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu berhubung dengan tatacara pendengaran rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dan tatacara pendengaran rayuan lanjutan.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 445