Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian XI · Bahagian XI Akta Cukai Pendapatan 1967.

8A. Rebat cukai

Feedback & support
(1)

Suatu rebat hendaklah diberikan kepada entiti Labuan atas cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 2B(1A) atau seksyen 4 bagi setiap tahun taksiran untuk apa-apa zakat yang dibayar dalam tempoh asas tahun taksiran itu kepada, dan dibuktikan dengan suatu resit yang dikeluarkan oleh, pihak berkuasa agama Islam Labuan.

(2)

Jika jumlah amaun rebat di bawah subseksyen (1) melebihi cukai yang dikenakan (sebelum apa-apa rebat) bagi mana-mana tahun taksiran, lebihan itu tidak boleh dibayar kepada entiti Labuan itu atau digunakan sebagai kredit untuk menolak tanggungan cukainya bagi tahun taksiran itu atau mana-mana tahun yang berikutnya.

Report

Bahagian III

Ketidakbolehkenaan Cukai

Bahagian IV

Pembayaran dan Mendapatkan Cukai

Bahagian V

Tanggungjawab bagi Pematuhan

Bahagian VI

Tambahan

Bahagian III

Bahagian III Akta Keterangan 1950; atau

Schedules