Skip to content

Seksyen 1

of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024

Amendment ActIn forceProvision 1 of 29

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024.

(2)

Perenggan 2(a), 2(b), 2(c), 2(d), 3(a) dan 3(b), dan seksyen 13, 14, 15, 16, 18, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28

dan 29 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

(3)

Perenggan 2(e) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 dan takrif “tempoh asas” dalam subseksyen 2(1) yang dipinda melalui perenggan itu hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025

dan tahun-tahun taksiran berikutnya.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1741

AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN

(PINDAAN) (NO. 2) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1741

(4)

Perenggan 3(c) dan (d), dan seksyen 4, 5, 6, 7, 8, 9,

10, 11, 12, 17 dan 19 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya.