Skip to content

Seksyen 2

Pindaan seksyen 2

of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024

Amendment ActIn forceProvision 2 of 29
Seksyen 2

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—

(a)

dalam takrif “aktiviti perdagangan Labuan”, dengan memotong perkataan “, operasi perkapalan”;

(b)

dengan memotong takrif “operasi perkapalan”;

(c)

dengan memotong takrif “syarikat domestik”;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “tahun taksiran” takrif yang berikut:

‘  “taksiran” bermaksud apa-apa taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini;’; dan

(e)

dalam takrif “tempoh asas”, dengan menggantikan perkataan

“sebaik sebelum” dengan perkataan “berbetulan dengan”.

Pindaan seksyen 2b