Akta Cukai Jualan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian VII · Ketetapan
44. Membuat ketetapan kastam
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (3), Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu ketetapan kastam berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam permohonan yang dibuat di bawah seksyen 43
dan ketetapan kastam itu hendaklah mengikat pemohon.
Mana-mana ketetapan kastam yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Cukai Jualan 65
Ketua Pengarah boleh menolak untuk membuat ketetapan kastam jika, pada pendapatnya—
maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah tidak mencukupi untuk berbuat demikian;
permohonan itu adalah untuk situasi andaian; atau
apa-apa rayuan yang belum selesai di bawah seksyen 96
melibatkan hal perkara yang disebut dalam permohonan itu.