Skip to content

Seksyen 6

Orang yang boleh dikenakan cukai

of Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

ActIn forceProvision 6 of 13
Seksyen 6
(1)

Tertakluk pada Akta ini, tiap-tiap orang sama ada bermastautin atau tidak di Malaysia bagi sesuatu tahun taksiran boleh dikenakan cukai berkenaan dengan keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru kepadanya dalam tahun itu atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai.

(2)

Peruntukan tambahan dalam Jadual 1 hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan orang yang boleh dikenakan cukai.