Skip to content

Seksyen 9

Pengecualian

of Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

ActIn forceProvision 9 of 13
Seksyen 9
(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini, keuntungan yang dinyatakan dalam Jadual 4 hendaklah dikecualikan daripada cukai.

(2)

Dewan Rakyat boleh dengan ketetapan memotong mana-mana butiran dalam Jadual 4 atau menambah apa-apa butiran atau butiran lanjut kepadanya.

Cukai Keuntungan Harta Tanah 19

(3)

Menteri boleh dengan perintah berkanun mengecualikan mana-mana golongan orang daripada semua atau mana-mana daripada peruntukan Akta ini.

(3A)

Menteri boleh dalam apa-apa keadaan yang tertentu mengecualikan mana-mana orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini, sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa pendapatan daripada suatu jenis tertentu atau golongan pendapatan daripada suatu jenis tertentu.

(4)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)

hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat.