Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman
27. Section 27
Feedback & supportKetua Pengarah boleh dengan notis secara bertulis mengkehendaki mana-mana orang memberi dalam tempoh empat belas hari atau dalam apa-apa tempoh lanjut sebagaimana dinyatakan dalam notis itu apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa perkara yang mengenainya suatu penyata di bawah Akta ini telah dibuat atau adalah dikehendaki dibuat:
Dengan syarat bahawa jika orang itu ialah seorang pegawai awam atau seorang pegawai yang bekerja dengan suatu pihak berkuasa tempatan atau badan awam lain, dia tidaklah berkewajipan menzahirkan apa-apa butir yang mengenainya dia berkewajipan di sisi statut mematuhi kerahsiaan.
Bagi maksud mendapatkan maklumat penuh tentang tanggungan seseorang terhadap cukai, Ketua Pengarah boleh
50
Undang-Undang Malaysia menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain dengan notis secara bertulis—
memenuhi dan menyerahkan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu (iaitu tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh disampaikan notis itu)
apa-apa penyata yang dinyatakan dalam notis itu; atau
hadir sendiri di hadapan
Ketua
Pengarah dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, akaun, penyata dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh Ketua
Pengarah.
Ketua Pengarah boleh dengan notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang memberi dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu (iaitu tidak kurang dari tiga puluh hari dari tarikh disampaikan notis itu) suatu pernyataan mengandungi butir-butir mengenai—
semua akaun bank (sama ada semasa atau deposit, perniagaan atau persendirian atau atas namanya sendiri, nama isterinya atau apa-apa nama lain):
dalam mana dia sedang ada atau telah ada mempunyai kepentingan secara bersesama atau secara tunggal;
atau
yang dia berkuasa atau telah berkuasa menggunakannya secara bersesama atau secara tunggal, iaitu akaun yang sedang ada atau telah ada pada bila-bila masa dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;
semua akaun simpanan dan pinjaman, deposit, akaun syarikat bangunan dan akaun syarikat kerjasama yang mengenainya dia ada atau telah mempunyai sesuatu kepentingan atau kuasa menggunakannya secara bersesama atau secara tunggal dalam tempoh itu;
Cukai Keuntungan Harta Tanah 51
semua aset melainkan aset yang disebutkan dalam perenggan (a) dan (b) yang dia telah miliki dalam tempoh itu;
semua wang yang boleh diterima olehnya dalam tempoh itu melainkan daripada punca yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (c); dan
semua fakta mengenai tanggungannya terhadap cukai, sama ada pada masa itu atau pada masa lepas.