Seksyen 3
of Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Seksyen 3
Suatu cukai yang akan dinamakan cukai keuntungan harta tanah hendaklah dikenakan mengikut Akta ini berkenaan dengan keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru atas pelupusan apa-apa harta tanah (kemudian daripada ini disebut “aset yang boleh dikenakan cukai”).
14
Undang-Undang Malaysia
(2)
Tertakluk pada Akta ini, cukai itu hendaklah dikenakan ke atas tiap-tiap ringgit dari amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru kepada seseorang yang boleh dikenakan cukai dalam suatu tahun taksiran mengenai setiap satu kategori pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai yang dinyatakan dalam Jadual 5.
(2A)
Bagi maksud Akta ini, keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru atas pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai bagi sesuatu tahun taksiran hendaklah—
(a)
ditentukan mengikut setiap pelupusan secara berasingan;
dan
(b)
dikira sebagai suatu keuntungan yang boleh dikenakan cukai berasingan daripada setiap pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu.