Seksyen 12
Pendaftaran pengendali
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan mana-mana pengendali yang membuat permohonan di bawah seksyen 10 atau 11
berkuat kuasa dari hari pertama bulan yang berikutnya selepas permohonan dikemukakan kepada Ketua Pengarah.
(2)
Walau apa pun seksyen 10 dan 11, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftar—
(a)
mana-mana pengendali yang tidak berdaftar di bawah subseksyen (1); atau
(b)
mana-mana pengendali yang mengendalikan premis penginapan sama ada yang didaftarkan atau tidak sebagai premis penginapan pelancong di bawah seksyen 31C
Akta Industri Pelancongan 1992, berkuat kuasa dari hari pertama bulan yang berikutnya selepas maklumat yang berhubungan dengan perenggan (a) atau (b) diketahui oleh atau diberitahu kepada Ketua Pengarah.
(3)
Ketua
Pengarah hendaklah memberitahu orang yang didaftarkan tentang pendaftarannya di bawah seksyen ini mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.