Skip to content

Seksyen 13

Pembatalan pendaftaran

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 13 of 84
Seksyen 13
(1)

Pengendali yang berhenti mengendalikan premis penginapan atau dikecualikan di bawah seksyen 9 hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang hakikat itu dan tarikhnya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian atau pengecualian, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Cukai Pelancongan 17

(2)

Apabila pemberitahuan di bawah subseksyen (1) diterima,

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pengendali itu dari tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah subseksyen (1) dan

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pengendali itu telah berhenti mengendalikan premis penginapan atau dikecualikan di bawah seksyen 9, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pengendali itu dari tarikh pengendali itu berhenti mengendalikan premis penginapan atau dari tarikh pengendali itu dikecualikan atau dari tarikh kemudian sedemikian sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan.