Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian X · Bahagian X Penguatkuasaan dan Penyiasatan

140. Section 140

Feedback & support
(1)

Semua tindakan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang dalam persediaan untuk atau dalam jangkaan Akta ini dan apa-apa perbelaniaan yang dilakukan berhubungan dengannya itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi kebenaran di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa tindakan-tindakan dan perkara-perkara yang dilakukan itu adalah tidak takkonsisten dengan tujuan am dan maksud Akta ini; dan semua hak dan obligasi yang diperolehi atau dilakukan sebagai hasil daripada pembuatan tindakan-tindakan atau perkara-perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya itu hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Suruhanjaya.

102

(2)

Bagi mengelakkan keraguan adalah ditetapkan bahawa subseksyen (1) tidak membenarkan perlantikan anggota-anggota, pegawai-pegawai atau pengkhidmat-pengkhidmat Suruhanjaya kecuali setakat membenarkan perlantikan sementara orang-orang itu sehingga perlantikan yang betul dibuat di bawah Akta ini.

Report