Seksyen 9
Langkah sementara
of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993
(1)
Kerajaan hendaklah menggunakan langkah sementara mengenai dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas penyiaran notis penentuan awal afirmatif jika Kerajaan menentukan bahawa langkah sedemikian diperlukan untuk mencegah berlakunya kemudaratan yang disebut dalam perenggan 8(1)(b) dalam tempoh penyiasatan.
(2)
Langkah sementara hendaklah dalam bentuk duti timbal balas
22 Undang-undang Malaysia AKTA 504
sementara yang dijamin dengan cagaran yang sama dengan anggaran subsidi yang ditentukan di bawah subseksyen 8(1).
(3)
Langkah sementara yang dikenakan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi tempoh yang ditetapkan.