Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian II · Duti Timbal Balas
11. Penamatan penyiasatan
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, sesuatu penyiasatan boleh ditamatkan pada bila-bila masa jika—
pempetisyen menarik balik petisyen;
terdapatnya perubahan hal keadaan;
Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai pensubsidian atau kemudaratan untuk mewajarkan penerusan penyiasatan itu;
amaun subsidi adalah de minimis atau jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau 26 Undang-undang Malaysia AKTA 504
Kerajaan menentukan bahawa penamatan penyiasatan itu adalah demi kepentingan awam.
Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku sebelum penentuan awal, Kerajaan hendaklah menyiarkan notis mengenai penamatan sedemikian dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah —
menamatkan apa-apa langkah sementara yang disebut dalam seksyen 9 dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan
menyiarkan suatu notis mengenai penamatan itu, dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.